Privacy Policy

Wednesday, 23 April 2025

Krabi & Hatyai Trip 2024 - Day 4

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ahad 29 Disember 2024

Sebenarnya saya tersilap tarikh. Rupa-rupanya esok 30 & 31 hb Disember bukan cuti sekolah. Jadinya, hari ni kena balik Penang cepat² sebab kena hantar anak² balik asrama. Tapi, asrama tu tak lari ke mana kan..hehe..

9.00 a.m. Kami dah ronda² Kim Yong market. Beli jagung rebus (murah). Kat sini pun ada jagung mutiara mcm kat Cameron Highland. Kemudian saya beli stok ikan masin. Jalan² jap, cuci mata. Kali ni saya tak beli dah kacang² gajus semua tu. Serik. 


10.00 a.m. Kami bersarapan di Yee Hj. Hassan Halal Restoran. Sedap makan kat sini..very recommended. Ada roti canai, pulut ayam, dimsum, nasi goreng, nasi campur. My favourite was kengsom ikan siakap depa. Sedapnya..At least adalah pilihan lain selain nasi kuning ayam tu. Plus di sini harganya lebih murah. Alhamdulillah. 


Selepas sarapan, kami bergerak balik ke Penang. Alhamdulillah, walaupun jem sikit di border Thailand, dengan bekalan minyak yang cukup, InsyaAllah, boleh buka aircond sambil menunggu dalam kereta. Kali ni, kami kena bayar 55TB dekat kaunter imigresen tu. Kami selamat melepasi border Thailand pada jam 3.15 p.m.


Berakhirlah trip Krabi & Hatyai 2024.  


Monday, 7 April 2025

Krabi & Hatyai Trip 2024 - Day 3

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sabtu 28 Disember 2024

Kami keluar dari homestay jam 7.30 pagi, awal sikit dr semalam, sebab hari ni kami nak bergerak ke Hatyai pula. Kami terserempak dengan host kami lagi. Rumahnya dekat2 sini ja. Dia tolong ambilkan gambar kami depan homestay. Beriye² dia sarankan kami singgah di Emerald pool. 

Krabi & Hatyai Trip 2024 - Day 2

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jumaat 27 Disember 2024

Kami keluar dari homestay jam 8.30 pagi, terserempak dengan host kami. Dia suggest kami breakfast nasi kerabu di seberang jalan homestay kami. Ada banyak pilihan makanan dan semestinya halal.

Friday, 3 January 2025

Krabi & Hatyai Trip 2024 - Day 1

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Khamis 26 Disember 2024

Penutup tahun 2024, sy plan ke Krabi dan Hatyai. Dah 2 kali ke Hatyai, kali ini kami lajak ke Krabi pula. Tak banyak preparation needed. Book hostel thru Booking, non refundable di Hatyai, pay at hotel di Krabi. Beli simcard Thailand di Shopee. Dua kali tukar duit di money changer. Mase ni dapat rate 7.63, lepas seminggu turun lagi 7.57. Prepare Wise kad. Beli TBaht mase murah. 
 
7.30 pg kami bertolak dari Penang. Jam 8.45 tiba di Changlun, collect insurans Thailand yang dah book thru wassap malam tadi. Jimat masa, tak perlu menunggu lama. 


8.50 pg terus queue untuk keluar Border Bukit Kayu Hitam. Dekat sini, passport stamp drive thru shj. Nampak macam tak banyak kereta, tapi sejam gak la baru lepas imi Malaysia. 

Monday, 12 August 2024

DIY Turkiye 2024 Day 12 - To Istanbul airport

بسم الله الرحمن الرحيم 
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jumaat 8 Mac 2024

8.30 a.m. Pagi ni kami turun daripada hotel awal. Belum bersarapan lagi kerana hotel memang without breakfast, and saya pun tak prepare breakfast. Semasa check out, receptionist hotel bg 2 kotak kecil Turkish Delight. Terima kasih la banyak2. Tak pernah lagi jumpa hotel yang bagi souvenir kat kami. Flight kami jam 1:25 p.m. Kami ada masa 5 jam lagi. Selepas check out, kami terus menuju ke station tram Gülhane, masih sempat untuk beli key chain di kedai tepi2 tu sebab depa buka kedai awal. Jalan masih kosong. Hujan renyai2 pagi ni. Kami terus naik tren ke Laleli Istanbul University.